Bahan-bahan Karamel:
- 4 sudu besar gula
- 1-2 sudu besar air
Cara-cara:
- Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga bertukar warna sedikit kekuningan.
- Goyangkan (swirl) periuk sehingga semua gula dicairkan. **Jangan sesekali kacau dengan sudu atau sudip**
- Angkat periuk apabila warna gula bertukar menjadi kuning-coklat
- Tuangkan kesemua karamel di dalam 4 cawan ramekin yang berbeza
Bahan-bahan Puding:
- 2 biji telur (basuh dengan bersih)
- 250 ml susu
- 4 sudu besar gula
Cara-cara:
- Kacau telur sehingga sebati di dalam bekas yang agak besar (jangan whisk terlalu kuat, untuk mengurangkan buih)
- Campurkan susu dan gula di dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga semua gula cair. (jangan sampai terlalu panas / mendidih kerana ini akan membuat telur menjadi masak apabila dicampurkan nanti)
- Tuangkan campuran susu dan gula ke dalam telur sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan.
- Tapiskan kesemua campuran tersebut dengan berhati-hati (tanpa menghasilkan buih)
- Kemudian tuang secara sama-rata ke dalam cawan-cawan ramekin yang mengandungi karamel tadi
- Tutup bekas ramekin dengan aluminium foil
- Panaskan air di dalam periuk besar dengan api sederhana. Masukkan tuala dapur yang bersih ke dalam periuk tersebut (untuk menghalang direct heating). Kemudian masukkan bekas-bekas ramekin tersebut. Pastikan air menutupi separuh daripada cawan ramekin. Tutup periuk dan pastikan airnya tidak mendidih.
- Stim untuk 18-20 minit
- Angkat dan biarkan sebentar di dalam suhu bilik kemudian masukkan di dalam peti sejuk. Biarkan semalaman / sekurang-kurangnya 6 jam.
- Hidangkan: Ambil pisau kecil dan kikis keliling puding kemudian tangkupkan ke atas piring kecil.
*Selamat mencuba =)
sedap..boleyh buat utk berbuka nnti..simple
ReplyDeletehihi yeay....nnt klo da buat upload la kt miss A punye blog nnt sy dtg jenguk in shaa Allah. btw resepi ni kurang pakai telur so tak rase eggy sgt...nyummmy;)
ReplyDelete