Resepi Kari Ayam Tanpa Santan


Bahan-Bahan untuk resepi kari ayam tanpa santan: 
  • 1/2 ekor ayam yang telah dipotong
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar serbuk cili / 5-10 tangkai cili kering (ikut nak pedas mana) 
  • 1 batang serai dititik 
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • Serbuk kari babas
  • 3 sudu besar Kicap manis

Cara-Cara untuk resepi kari ayam tanpa santan:
  1. Blend semua bahan-bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan-bahan yang diblend, tumis sehingga naik bau
  4. Campurkan serbuk kari babas, serbuk cili dan kicap manis dengan sedikit air kemudian tuang ke dalam periuk. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan tambah air ikut kepekatan yang anda mahu, kecilkan api dan biarkan sehingga masak dan empuk. Tambah air jika terlalu pekat
  6. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Gaulkan sebati.
  7. Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti kentang, carrot dan tomato jika anda mahu.
Selamat Mencuba :)