No Bake Cheesecake Lemon Recipe( 4 servings~ 2 small tupperwares)




Untuk Base No bake cheese cake lemon:

 1) 200g biskut digestive.
(saya guna biskut coklat bawah ni je. Jangan ambil biskut yang terlalu keras ye susah nk makan nanti).



2) 63g butter (dibiarkan dalam suhu bilik)

Untuk Filling:

1) 200g philadelphia cream cheese

2) 150 ml whipping cream

3) 5 tablespoon caster sugar

4) 1-2 lemon juice (ikut citarasa masing-masing ye)

Cara-cara membuat No Bake Cheesecake Lemon Recipe:

1) Hancurkan biskut digestive (nak guna food processor pun boleh).

2) Campurkan biskut dengan butter yang telah dibiarkan dalam suhu bilik. (setiap biskut perlukan kandungan butter yang berbeza. make sure masa nak campur dengan biskut nanti, butter tu tak terlalu sedikit (biskut tak boleh bind dan berterabur) atau terlalu banyak (berminyak-minyak). Letak dalam bekas tupperware yang cantik. Tekan menggunakan jari sehingga base tersebut padat.

3) Kemudian campurkan philadelphia cream cheese dan whipping cream. Kacau dengan pemukul dan adunkan sehingga ada soft peak. Campur caster sugar dan lemon juice pukul sehingga sebati.

4) Tuangkan cheese filling tersebut ke dalam bekas tupperware dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga set.

5) Untuk sesiapa yang nak bagi boyfriend masing-masing, anda boleh la tuangkan coklat hershey's syrup buat bentuk love-love ke on top of the cheesecake (buat after dah set ok) then ikat ngan ribbon comel. Siap!! Good luck girls~~