Resepi Ayam Bumbu Bali

Resepi ayam bumbu bali  ni sangat-sangat sedap, mesti cuba tau!! ;) Hari tu saya dah buat tapi terlupa ambik gambar :(  so ayam tu lebih kurang macam dalam gamba bawah ni: 


olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram  (banyak lagi resepi-resepi menarik di sini =)

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras * (saya skip sebab takda)
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.

Read more: 
http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/ayam-bumbu-bali.html#ixzz2XpdZaJoG