Seasoned Dried Radish Strips ( Mumallaengi-muchim ) - Korean Sidedish


Bahan-bahan:
  • 200g lobak putih yang dikeringkan (Korean food store)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 batang daun bawang (hiris halus)
  • 3 sudu besar sos ikan (jenama squid?)
  • 5 sudu besar serbuk cili korea (hot pepper flakes)
  • 5 sudu besar sirap jagung (corn syrup)
  • 1 sudu kecil garam 
  • Roasted sesame seed (biji bijan)      

 Cara-cara: 

  1. Basuh lobak putih dan ramas kuat2 untuk buangkan kekotoran. Bilas 3 kali.
  2. Rendam selama 7-8 minit.
  3. Campurkan bawang putih, daun bawang, sos ikan, serbuk cili, sirap jagung dan garam. Gaul sebati. 
  4. Toskan lobak putih yang telah direndam. Ramas kuat-kuat untuk buang air berlebihan. 
  5. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak. Masukkan lobak putih dan kacau selama 1 minit.
  6. Satukan lobak putih dan campuran cili. Gaul dan ramas lagi dengan bersemangat ;)
  7. Taburkan sedikit biji bijan untuk hiasan. 
  8. Hidangkan bersama nasi panas dan sup pilihan anda. Rasanya pedas-pedas, manis dan masin ;)  
- Dried radish strips ni di kategorikan sebagai "well-being" food oleh orang korea. Lebih kurang ginseng jugak la agaknye. Health benefits: kencing manis, anti-cancer, darah tinggi etc.

Selamat mencuba Korean Sidedish ini!



Onion Rings Recipe ( Rangup dan Mudah )


Bahan-Bahan untuk membuat onion ring :
  • 2 labu bawang besar (yellow onion)
  • 1 cawan buttermilk (klik link ini: Homemade Buttermilk)
  • 3/4 cawan tepung 
  • 1 sudu kecil serbuk cili (Baba's) 
  • Minyak 
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-Cara untuk membuat onion ring:
  1. Kupas bawang dan hiris bulat-bulat tidak terlalu tebal dalam setengah inci. Pisah-pisahkan setiap bulatan. Buang selaput nipis di antara setiap bulatan tersebut. 
  2. Panaskan minyak. Cukup untuk deep fry
  3. Campurkan tepung, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya. 
  4. Tuang sedikit demi sedikit butermilk dan adunkan dengan sebatian tepung, sehingga likat. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 
  5. Salutkan bawang satu persatu dan goreng deep fry dengan api yg sederhana tinggi (kalau tak nanti soggy dan berminyak).
  6. Angkat apabila sudah garing dan toskan. Hidang dengan sos dan mayonese. Nyummm~!

Eiihhhh?? Nak Raya Dah Ke? Take Me Pleaseee Da Siap Da Ni~~

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

~ Dapur Antarabangsa ~



Resepi Ayam Goreng Ala KFC / Malay's Fried Chicken recipe ;)


Bahan-Bahan untuk Resepi Ayam Goreng Ala KFC : 
A - Perap ayam selama sejam
  • 1/2 ekor ayam potong 
  • 4 ulas bawang putih tumbuk 
  • 2 sudu besar serbuk cili 
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam (Baba's)
  • secubit ajinamoto
  • secubit soda bikarbonat
  • garam 2 sudu teh
  • sedikit air 
B - Salutkan ayam untuk digoreng 
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu besar serbuk cili 
  • 1 sudu kecil sebuk lada hitam 
  • 1 sudu kecil garam 
  • secubit soda bikarbonat 
  • 1-2 biji telur dipukul 

Cara-Cara membuat ayam goreng ala KFC:
  1. Gaulkan ayam yang telah diperap dengan telur, kemudian salutkan dengan sebatian tepung di atas. 
  2. Gorengkan kesemua ayam sedikit demi sedikit dengan api sederhana supaya masak bahagian tengah. 
  3. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan minyak dengan api yang kuat, kemudian goreng sekali lagi (sekejap saja) supaya menjadi rangup. 
  5. Hidangkan. 
*Ayam ni rangup di luar dan lembut di dalam, di samping rasa rempah ratus yang sangat menyelerakan. Selamat Mencuba. 


Homemade Cake Flour / Tepung Kek Buat Sendiri

Salam Ramadhan,
      Mungkin harini ramai yang nak buat kek tapi hanya ada tepung gandum dan tepung jagung je kat rumah. So jangan risau2 sebab tepung kek ni boleh buat sendiri. Jimat pun jimat hihi. Selamat Mencuba ;)

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan Tepung Gandum 
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-Cara:
  1. Masukkan tepung jagung ke dalam cawan 
  2. Penuhkan cawan dengan tepung gandum
  3. Gaul sebati. Siap
* 1 cawan tepung kek = 1 cawan campuran tepung di atas. 

Kitchen's Aid: Conversion Calculator

Assalamualaikum semua,
      Just nak share, kalau korang ade problems untuk tukar-tukar measurement time cari-cari resepi boleh la visit page ni: Kitchen's Conversion Calculators Contohnye nak tukar Cups to tablespoon, Grams to cups etc.
Selamat memasak (^_^)

Sample Picture

[Lawak] Resepi Ketam Bertelur Asin


Cara-Cara: 
  1. Masukkan seekor ketam jantan ke dalam periuk mengandungi air bergaram
  2. Kemudian masukkan pula seekor ketam betina
  3. Gaul sehingga mesra
  4. Tunggu sehingga ketam betina bertelur 
  5. Tadaaa....siap!!!
Hahaha...just kidding;p jangan marah kawan2...selamat berpuasa ;)


Simple and Easy Homemade Buttermilk Recipe =)



Assalamualaikum semua,
Harini saya pos macam mana cara nak buat buttermilk sendiri, memandangkan mungkin selepas ini saya akan pos pelbagai resepi menggunakan homemade buttermilk. Selamat mencuba :)

Bahan-Bahan:
  • 4 1/2 sudu kecil cuka / jus lemon
  • 1 cawan susu

Cara-Cara:
  1. Tuang cuka / perahkan jus lemon ke dalam cawan
  2. Kemudian tuang susu ke dalam cawan tersebut sehingga penuh. Kacau sebati.
  3. Biarkan selama 10-15 minit (susu tersebut akan bergumpal)
  4. Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh tutup dan simpan di dalam peti sejuk 

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan


Bahan-Bahan untuk resepi kari ayam tanpa santan: 
  • 1/2 ekor ayam yang telah dipotong
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar serbuk cili / 5-10 tangkai cili kering (ikut nak pedas mana) 
  • 1 batang serai dititik 
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • Serbuk kari babas
  • 3 sudu besar Kicap manis

Cara-Cara untuk resepi kari ayam tanpa santan:
  1. Blend semua bahan-bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan-bahan yang diblend, tumis sehingga naik bau
  4. Campurkan serbuk kari babas, serbuk cili dan kicap manis dengan sedikit air kemudian tuang ke dalam periuk. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan tambah air ikut kepekatan yang anda mahu, kecilkan api dan biarkan sehingga masak dan empuk. Tambah air jika terlalu pekat
  6. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Gaulkan sebati.
  7. Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti kentang, carrot dan tomato jika anda mahu.
Selamat Mencuba :)

Resepi Puding Karamel/ Caramel Custard Recipe

Resepi ini paling simple dan mudah yang pernah saya cuba yang diadaptasi dari "youtube: cooking with dog". Servings: 4 persons.



Bahan-bahan Karamel:
  • 4 sudu besar gula 
  • 1-2 sudu besar air

Cara-cara: 
  • Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga bertukar warna sedikit kekuningan.
  • Goyangkan (swirl) periuk sehingga semua gula dicairkan. **Jangan sesekali kacau dengan sudu atau sudip**
  • Angkat periuk apabila warna gula bertukar menjadi kuning-coklat
  • Tuangkan kesemua karamel di dalam 4 cawan ramekin yang berbeza  


Bahan-bahan Puding:
  • 2 biji telur (basuh dengan bersih)
  • 250 ml susu 
  • 4 sudu besar gula 

Cara-cara:
  • Kacau telur sehingga sebati di dalam bekas yang agak besar (jangan whisk terlalu kuat, untuk mengurangkan buih)
  • Campurkan susu dan gula di dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga semua gula cair. (jangan sampai terlalu panas / mendidih kerana ini akan membuat telur menjadi masak apabila dicampurkan nanti)
  • Tuangkan campuran susu dan gula ke dalam telur sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan. 
  • Tapiskan kesemua campuran tersebut dengan berhati-hati (tanpa menghasilkan buih)
  • Kemudian tuang secara sama-rata ke dalam cawan-cawan ramekin yang mengandungi karamel tadi
  • Tutup bekas ramekin dengan aluminium foil
  • Panaskan air di dalam periuk besar dengan api sederhana. Masukkan tuala dapur yang bersih ke dalam periuk tersebut (untuk menghalang direct heating). Kemudian masukkan bekas-bekas ramekin tersebut. Pastikan air menutupi separuh daripada cawan ramekin. Tutup periuk dan pastikan airnya tidak mendidih. 
  • Stim untuk 18-20 minit
  • Angkat dan biarkan sebentar di dalam suhu bilik kemudian masukkan di dalam peti sejuk. Biarkan semalaman / sekurang-kurangnya 6 jam. 
  • Hidangkan: Ambil pisau kecil dan kikis keliling puding kemudian tangkupkan ke atas piring kecil. 
*Selamat mencuba =) 


Resepi Ayam Bumbu Bali

Resepi ayam bumbu bali  ni sangat-sangat sedap, mesti cuba tau!! ;) Hari tu saya dah buat tapi terlupa ambik gambar :(  so ayam tu lebih kurang macam dalam gamba bawah ni: 


olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram  (banyak lagi resepi-resepi menarik di sini =)

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras * (saya skip sebab takda)
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.

Read more: 
http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/ayam-bumbu-bali.html#ixzz2XpdZaJoG

Resepi Teh Hijau Matcha Green Tea Latte Recipe



1. Bahan-bahan untuk Resepi Teh Hijau Matcha Green Tea Latte Recipe
Green tea Matcha, Susu, Madu, Vanilla extract (optional), cawan dan sudu

2. Cara-cara
- 1/2 sudu kecil Matcha green tea, tambah air panas sedikit untuk melarutkan tea
- tuangkan susu segar sehingga cawan penuh
-tambahkan madu 1 sudu kecil
- tambahkan 1 titik Vanilla extract
- panaskan di dalam microwave (5min) 

2. Kelebihan teh hijau Matcha green tea
Menguruskan badan, meningkatkan metabolisma badan, sumber caffeine, high level of antioxidant (more than acai berry and blueberries), vitamin c, mengurangkan fizikal dan mental stress, improved mood and alertness, meningkatkan system immuniti badan,  reduced stroke attack. 

Selamat mencuba!

Tofu Korean Side Dish - Dububuchim-yangnyeomjang



                 Tofu: 
·         Potong tofu (5 cm x 5 cm lebar) dan (1 cm tebal) Ã  10- 12 potongan
·         Panaskan nonstick frying pan dengan 2-3 sudu besar minyak masak dan gorengkan tofu tadi sehingga garing/kekuningan dibahagian luar (bahagian tengah dibiarkan lembut)


Tofu Sauce:
·         Bahan-bahan:
-          2 sudu kecil madu
-          2 ulas bawang putih (cincang)
-          2 sudu kecil cili flakes/serbuk cili 
-          1 1/2 sudu besar kicap masin 
-          2 sudu kecil sesame oil / minyak bijan
-          2 batang daun bawang (hiris halus)
-          sesame seeds / biji bijan (hiasan)

·         Gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali sesame seeds kemudian rasa dan ubah mengikut citarasa anda.
·         Tuangkan di atas tofu yang telah digoreng tadi.
·         Kemudian taburkan sesame seeds sebagai hiasan

Maangchi Tofu side dishes: http://www.youtube.com/watch?v=J64UnMsgq_0

Resepi Nasi Ayam Hainan



1) Sup Ayam
           Bahan-bahan: Seekor ayam yang telah dipotong 8, 1 inci halia, kiub ayam, 2 ulas bawang putih, garam
           Cara Masak: - Panaskan satu periuk air, masukkan kiub ayam, halia dan bawang putih yang telah diketuk. Biarkan air mendidih. Tambah garam secukup rasa.
                               - Perlahankan api, dan masukkan ayam. Masak selama 45 min.
                              
2) Ayam Hainan
       Bahan-bahan: Minyak bijan, 2 inci halia, 2 sudu besar kicap cair.
         Cara Masak: - Keluarkan ayam daripada sup, rendam dalam air sejuk 10 min, gantung/ keringkan dengan kitchen towel.
                              - campur minyak bijan, halia yang telah ditumbuk halus dan kicap cair, sapu di atas ayam itu tadi, kemudian bakar (200 celsius dalam 20 min.) / pan fried dengan sedikit minyak.
           Garnish / hiasan: sesame seeds, daun bawang yang telah dihiris.

3) Nasi Ayam
        Bahan-bahan: 2 cawan beras, 1 setengah sudu besar light marjerin, 1 inci halia (diketuk), 1 ulas bawang putih (diketuk), 1 biji bunga lawang, 1 batang kayu manis, 1 helai daun pandan (disimpul), 1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam.
            Cara masak:  Campurkan semua bahan di atas dalam periuk nasi, masak sedikit atas dapur sampai naik bau. Masukkan sup, lebihkan setengah inci drpd masak nasi biasa.

4) Sos Kicap 
         Campurkan semua bahan ini dan digaul rata. 1 sudu kecil (gula, serbuk seasoning (maggi), minyak bijan), 2 sudu besar kicap cair, 200 ml sup ayam ( 2 cawan).

5) Kuah Cili
          Blend semua bahan ini: 2 biji cili merah, 3 biji cili padi, 3 biji bawang putih, air lemon 3/4 cawan, sedikit garam dan gula. *Tak perlu masak*

6) Bahan Sampingan: 
          Timun, tomato dan daun bawang dihiris, salad

Selamat mencuba Resepi Nasi Ayam Hainan ini!

No Bake Cheesecake Lemon Recipe( 4 servings~ 2 small tupperwares)




Untuk Base No bake cheese cake lemon:

 1) 200g biskut digestive.
(saya guna biskut coklat bawah ni je. Jangan ambil biskut yang terlalu keras ye susah nk makan nanti).



2) 63g butter (dibiarkan dalam suhu bilik)

Untuk Filling:

1) 200g philadelphia cream cheese

2) 150 ml whipping cream

3) 5 tablespoon caster sugar

4) 1-2 lemon juice (ikut citarasa masing-masing ye)

Cara-cara membuat No Bake Cheesecake Lemon Recipe:

1) Hancurkan biskut digestive (nak guna food processor pun boleh).

2) Campurkan biskut dengan butter yang telah dibiarkan dalam suhu bilik. (setiap biskut perlukan kandungan butter yang berbeza. make sure masa nak campur dengan biskut nanti, butter tu tak terlalu sedikit (biskut tak boleh bind dan berterabur) atau terlalu banyak (berminyak-minyak). Letak dalam bekas tupperware yang cantik. Tekan menggunakan jari sehingga base tersebut padat.

3) Kemudian campurkan philadelphia cream cheese dan whipping cream. Kacau dengan pemukul dan adunkan sehingga ada soft peak. Campur caster sugar dan lemon juice pukul sehingga sebati.

4) Tuangkan cheese filling tersebut ke dalam bekas tupperware dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga set.

5) Untuk sesiapa yang nak bagi boyfriend masing-masing, anda boleh la tuangkan coklat hershey's syrup buat bentuk love-love ke on top of the cheesecake (buat after dah set ok) then ikat ngan ribbon comel. Siap!! Good luck girls~~

Resepi Kek Coklat Lembab


Bahan Untuk Kek Coklat Lembab :

       A  -  Dipukul hingga kembang
  • 250g butter
  • 2cawan gula kasar   
  • 5 biji telor


B - Ayak
  • 21/2 cawan tepung gandum biasa
  • 11/2 sudu kecil baking powder                           
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 3/4 sudu kecil garam

C
  • Satukan – 12/3 cawan air dengan 1 cawan koko

Cara-cara :
  • Msukkan C + B ke A berselang seli
  • Bakar dengan suhu 180 C,  50-60 minit.


Bahan Untuk Toping :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • ½ cawan koko
  • ¼ cawan tepung gandum
  • ½ sudu the soda bikarbonat
  • ¼ cawan butter

Cara-cara:
  • Masak kesemua bahan hingga kembang.
  • Masuk butter akhir sekali