Resepi Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebu

Bahan-bahan untuk kek pisang kukus:

1 ½ cawan tepung  
3/4 cawan minyak masak
1 cawan pisang masak yang dilenyek-lenyek
3/4 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara membuat kek pisang kukus:
    
    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.




Healthy breakfast: Pumpkin Soup Recipe / Resepi Sup Labu Ala Barat untuk Sarapan Sihat

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya ingin berkongsi resepi baru untuk anda semua yang merupakan antara cadangan healthy breakfast. Teringin nak makan sup labu atau pumpkin soup tak untuk sarapan? Pumpkin soup recipe ini saya ubah suai mengikut selera saya yang tak berapa suka sup yang pekat sangat. Sup kali ni sangat ringan untuk di makan walaupun pada waktu malam.

Bahan-bahan:
1) 1 Kg labu yang masak
2) 190 ml Krim memasak (cooking cream)
3) Minyak masak (saya guna virgin olive oil)
4) 2 labu bawang besar (hiris)
5) 1 kiub pati ayam dicairkan di dalam 1500ml air panas
6) Serbuk lada hitam

Cara-cara:
1) Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk dan tumis bawang sehingga lembut. Jangan sampai bertukar warna ya, kalau tidak nanti warna sup anda akan berubah.
2) Masukkan labu yang telah dipotong kecil. Masak selama 8-10 minit sehingga warna menjadi kuning keemasan dan sedikit lembut.
3) Tuangkan larutan kiub ayam dan biarkan mendidih. Kemudian reneh sup tersebut selama 10 minit.
4) Masukkan krim memasak dan biarkan mendidih. Tutup api dan masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda.
5) Blend sup tersebut sehingga sebati. Saya guna hand blender jadi boleh blend terus dalam periuk. Tapi jika tidak ada, anda boleh guna blender yang biasa cuma harus tunggu sehigga sup sejuk sedikit.
6) Sedia dihidangkan begitu sahaja atau disertakan bersama roti bakar untuk sarapan. Elok dimakan ketika panas dan ianya boleh disimpan lama dalam freezer.
Selamat mencuba Pumpkin soup ini ;)

Healthy low fat ice-cream * suitable for vegan *.

Assalamualaikum semua, 

Hanya dengan menggunakan 4 bahan anda kini boleh menikmati aiskrim coklat yang enak tanpa menghancurkan program diet anda. 

Bahan-bahan: 

1) 2 biji pisang masak- dipotong kecil dan dibekukan.
2) 1 sudu besar serbuk koko
3) 1 sudu besar peanut butter (crunchy)
4) 1 sudu besar dark chocolate 70% dihiris halus.

Cara-cara:


1) Blend pisang yang telah disejuk bekukan sehingga creamy.
2) Campurkan serbuk koko dan peanut butter dan blend sehingga sebati.
3) Tuang ke dalam bekas dan gaulkan dengan hirisan coklat.

P/s: Jangan makan sorang ye sharing is caring ;) 




Seasoned Dried Radish Strips ( Mumallaengi-muchim ) - Korean Sidedish


Bahan-bahan:
  • 200g lobak putih yang dikeringkan (Korean food store)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 batang daun bawang (hiris halus)
  • 3 sudu besar sos ikan (jenama squid?)
  • 5 sudu besar serbuk cili korea (hot pepper flakes)
  • 5 sudu besar sirap jagung (corn syrup)
  • 1 sudu kecil garam 
  • Roasted sesame seed (biji bijan)      

 Cara-cara: 

  1. Basuh lobak putih dan ramas kuat2 untuk buangkan kekotoran. Bilas 3 kali.
  2. Rendam selama 7-8 minit.
  3. Campurkan bawang putih, daun bawang, sos ikan, serbuk cili, sirap jagung dan garam. Gaul sebati. 
  4. Toskan lobak putih yang telah direndam. Ramas kuat-kuat untuk buang air berlebihan. 
  5. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak. Masukkan lobak putih dan kacau selama 1 minit.
  6. Satukan lobak putih dan campuran cili. Gaul dan ramas lagi dengan bersemangat ;)
  7. Taburkan sedikit biji bijan untuk hiasan. 
  8. Hidangkan bersama nasi panas dan sup pilihan anda. Rasanya pedas-pedas, manis dan masin ;)  
- Dried radish strips ni di kategorikan sebagai "well-being" food oleh orang korea. Lebih kurang ginseng jugak la agaknye. Health benefits: kencing manis, anti-cancer, darah tinggi etc.

Selamat mencuba Korean Sidedish ini!



Onion Rings Recipe ( Rangup dan Mudah )


Bahan-Bahan untuk membuat onion ring :
  • 2 labu bawang besar (yellow onion)
  • 1 cawan buttermilk (klik link ini: Homemade Buttermilk)
  • 3/4 cawan tepung 
  • 1 sudu kecil serbuk cili (Baba's) 
  • Minyak 
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-Cara untuk membuat onion ring:
  1. Kupas bawang dan hiris bulat-bulat tidak terlalu tebal dalam setengah inci. Pisah-pisahkan setiap bulatan. Buang selaput nipis di antara setiap bulatan tersebut. 
  2. Panaskan minyak. Cukup untuk deep fry
  3. Campurkan tepung, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya. 
  4. Tuang sedikit demi sedikit butermilk dan adunkan dengan sebatian tepung, sehingga likat. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 
  5. Salutkan bawang satu persatu dan goreng deep fry dengan api yg sederhana tinggi (kalau tak nanti soggy dan berminyak).
  6. Angkat apabila sudah garing dan toskan. Hidang dengan sos dan mayonese. Nyummm~!

Eiihhhh?? Nak Raya Dah Ke? Take Me Pleaseee Da Siap Da Ni~~

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

~ Dapur Antarabangsa ~



Resepi Ayam Goreng Ala KFC / Malay's Fried Chicken recipe ;)


Bahan-Bahan untuk Resepi Ayam Goreng Ala KFC : 
A - Perap ayam selama sejam
  • 1/2 ekor ayam potong 
  • 4 ulas bawang putih tumbuk 
  • 2 sudu besar serbuk cili 
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam (Baba's)
  • secubit ajinamoto
  • secubit soda bikarbonat
  • garam 2 sudu teh
  • sedikit air 
B - Salutkan ayam untuk digoreng 
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu besar serbuk cili 
  • 1 sudu kecil sebuk lada hitam 
  • 1 sudu kecil garam 
  • secubit soda bikarbonat 
  • 1-2 biji telur dipukul 

Cara-Cara membuat ayam goreng ala KFC:
  1. Gaulkan ayam yang telah diperap dengan telur, kemudian salutkan dengan sebatian tepung di atas. 
  2. Gorengkan kesemua ayam sedikit demi sedikit dengan api sederhana supaya masak bahagian tengah. 
  3. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan minyak dengan api yang kuat, kemudian goreng sekali lagi (sekejap saja) supaya menjadi rangup. 
  5. Hidangkan. 
*Ayam ni rangup di luar dan lembut di dalam, di samping rasa rempah ratus yang sangat menyelerakan. Selamat Mencuba.