Resepi Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebu

Bahan-bahan untuk kek pisang kukus:

1 ½ cawan tepung  
3/4 cawan minyak masak
1 cawan pisang masak yang dilenyek-lenyek
3/4 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara membuat kek pisang kukus:
    
    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.




Healthy breakfast: Pumpkin Soup Recipe / Resepi Sup Labu Ala Barat untuk Sarapan Sihat

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya ingin berkongsi resepi baru untuk anda semua yang merupakan antara cadangan healthy breakfast. Teringin nak makan sup labu atau pumpkin soup tak untuk sarapan? Pumpkin soup recipe ini saya ubah suai mengikut selera saya yang tak berapa suka sup yang pekat sangat. Sup kali ni sangat ringan untuk di makan walaupun pada waktu malam.

Bahan-bahan:
1) 1 Kg labu yang masak
2) 190 ml Krim memasak (cooking cream)
3) Minyak masak (saya guna virgin olive oil)
4) 2 labu bawang besar (hiris)
5) 1 kiub pati ayam dicairkan di dalam 1500ml air panas
6) Serbuk lada hitam

Cara-cara:
1) Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk dan tumis bawang sehingga lembut. Jangan sampai bertukar warna ya, kalau tidak nanti warna sup anda akan berubah.
2) Masukkan labu yang telah dipotong kecil. Masak selama 8-10 minit sehingga warna menjadi kuning keemasan dan sedikit lembut.
3) Tuangkan larutan kiub ayam dan biarkan mendidih. Kemudian reneh sup tersebut selama 10 minit.
4) Masukkan krim memasak dan biarkan mendidih. Tutup api dan masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda.
5) Blend sup tersebut sehingga sebati. Saya guna hand blender jadi boleh blend terus dalam periuk. Tapi jika tidak ada, anda boleh guna blender yang biasa cuma harus tunggu sehigga sup sejuk sedikit.
6) Sedia dihidangkan begitu sahaja atau disertakan bersama roti bakar untuk sarapan. Elok dimakan ketika panas dan ianya boleh disimpan lama dalam freezer.
Selamat mencuba Pumpkin soup ini ;)

Healthy low fat ice-cream * suitable for vegan *.

Assalamualaikum semua, 

Hanya dengan menggunakan 4 bahan anda kini boleh menikmati aiskrim coklat yang enak tanpa menghancurkan program diet anda. 

Bahan-bahan: 

1) 2 biji pisang masak- dipotong kecil dan dibekukan.
2) 1 sudu besar serbuk koko
3) 1 sudu besar peanut butter (crunchy)
4) 1 sudu besar dark chocolate 70% dihiris halus.

Cara-cara:


1) Blend pisang yang telah disejuk bekukan sehingga creamy.
2) Campurkan serbuk koko dan peanut butter dan blend sehingga sebati.
3) Tuang ke dalam bekas dan gaulkan dengan hirisan coklat.

P/s: Jangan makan sorang ye sharing is caring ;)